Alhamdulillah, setelah 2 tahun Malaysia bertarung dengan COVID, akhirnya kita sudah memasuki fasa endemik. Oleh itu setelah hampir 2 tahun Dynamind tidak beroperasi secara fizikal, bermula 11 April 2022 Dynamind kembali beroperasi seperti biasa!Dan yang lebih penting, banyak penambahbaikan dapat dibuat asbab PKP.
Buat julung kalinya Dynamind menawarkan kelas online dan juga fizikal. Pakej kelas online serendah RM30/subjek manakala bagi kelas fizikal serendah RM75/subjek. Berbanding sebelum ini, selain report pelajar juga boleh mendapat access video rakaman kelas dan nota POWER (bagi yg mengambil pakej silver, gold dan platinum).
Matlamat kami di Dynamind, ingin membantu pelajar mencapai potensi mereka melalui teknik POWER.
No comments:
Post a Comment