Wednesday 27 July 2022

DYNAMIND 2022; pasca COVID

 



Alhamdulillah, setelah 2 tahun Malaysia bertarung dengan COVID, akhirnya kita sudah memasuki fasa endemik. Oleh itu setelah hampir 2 tahun Dynamind tidak beroperasi secara fizikal, bermula 11 April 2022 Dynamind kembali beroperasi seperti biasa!Dan yang lebih penting, banyak penambahbaikan dapat dibuat asbab PKP.


Buat julung kalinya Dynamind menawarkan kelas online dan juga fizikal. Pakej kelas online serendah RM30/subjek manakala bagi kelas fizikal serendah RM75/subjek. Berbanding sebelum ini, selain report pelajar juga boleh mendapat access video rakaman kelas dan nota POWER (bagi yg mengambil pakej silver, gold dan platinum). 


Matlamat kami di Dynamind, ingin membantu pelajar mencapai potensi mereka melalui teknik POWER. 

Wednesday 30 September 2020

 Jom Tuisyen Online!

Ramai yang bertanya kami bila nak buka tuisyen di premis, jawapan kami tetap sama sejak PKP tamat lagi, iaitu kami akan teruskan tuisyen online sehingga Malaysia betul-betul selamat dari COVID19. Kenapa? Jawapannya selagi tiada ubat/vaksin ditemui, VAKSIN terbaik buat masa ini adalah PENJARAKAN SOSIAL. Ramai kata nak tunggu sampai habis PKP, tunggu COVID19 habis baru nak tuisyen. Tapi sekarang selepas hampir 9 bulan kes pertama dilaporkan dan 3 bulan PKP tamat, kes harian masih banyak.

Untuk Berjaya kita tidak boleh menunggu, kita perlu terus bertindak. Dikala COVID19 masih Bersama kita, norma baharu perlu diamalkan seiring kita bertindak. E-learning merupakan Norma baharu dalam Pendidikan. Kelas Online tidak Efisien? Tidak berkesan? Bagi kami ianya terpulang kepada kita untuk jadikan ia berkesan atau sebaliknya. Dulu kita juga kata shopping online tidak selamat, berisiko, tidak berkesan. Sekarang semua orang nak berniaga di Shopee dan Lazada, nenek tak perlu keluar, beli barang dapur online saja.

Kita lah yang perlu jadikan ia selamat dan berkesan, biasalah benda baru memang perlukan sedikit masa untuk kita biasakan diri. Di pihak kami, pelbagai inisiatif tambahan dilakukan untuk menambah baik kelas online kami, antaranya kami gunakan bahan yang menarik, dan teknik-teknik seperti

Fun learning dengan game online,
Ulangkaji dengan nota berwarna,
Eksperimen dilakukan secara maya,
Video ringkasan juga diberikan selepas tamat sesi

Hasilnya, student tidak bosan, semangat nak belajar, ilmu pun mudah diterima. Masa terluang digunakan sabaiknya, Ibu Ayah senang hati. Kami bantu anak-anak untuk terus bertindak kearah kejayaan. Yang paling penting ia dilakukan tanpa risiko COVID19.

Whatsapp kami untuk keterangan lanjut

Friday 7 December 2018

1 NOV 2018 -> 2018  4 DIS 2018.

Dengan ini, secara rasminya siri Program Pecutan Akhir SPM 2018 anjuran DYNAMIND telah berakhir 🎊🎉🎊🎉.

Antara kelas pecutan SPM 2018 yang berlangsung ialah Sejarah, Sains, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Prinsip Perakaunan, Perniagaan dan Ekonomi. S
ebanyak 74 pendaftaran diperoleh sepanjang program. DYNAMIND ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan anda semua yang memilih untuk menyertai program ini sebagai salah satu persiapan untuk menghadapi SPM yang lepas. Semoga segala usaha dan kerja keras anda semua terbalas dengan keputusan yang cemerlang nanti.

Selain itu, kami juga ingin memohon maaf seandainya sepanjang pengendalian program terdapat salah dan silap dari pihak kami.

Last but not least, good luck to all of you, as u guys move forward to the next chapter life brings your way 😁

Monday 9 January 2017

Pelajar Cemerlang UPSR & PT3 2016

 A. Senarai Pelajar Cemerlang UPSR 2016.

Dari 6 pelajar UPSR yang berdaftar tahun 2016:


  1. Danish Harith : 4A
  2. Ariff Aiman : 4A



B. Senarai Pelajar Cemerlang PT3 2016:

Dari 11 pelajar PT3 yang berdaftar tahun 2016




  1. Farahin Inas 8A
  2. Yasmin Hanani 8A
  3. Hanzalah Maruan 8A
  4. Mohsin Ali 7A
  5. Elveena Dev 6A
  6. Adlin Karmila 6A




Friday 22 April 2016

Pencapaian pelajar di DYNAMIND (2015-2016)

"Sejauh mana berjayanya seseorang pelajar dapat dilihat pada sejauh mana usahanya melangkah menuju kepada kejayaan tu." 



Azfar Syahmie. Tingkatan 5 SMK Seksyen 9, Shah Alam


Mula mendaftar January 2015. Setiap kali ujian dan peperiksaan keputusan beliau tidak pernah mengecewakan. Subjek seperti Matematik Tambahan, Matematik moden, Kimia dan Fizik sentiasa mendapat skor  antara tertinggi. Untuk ujian terbaru beliau mendapat 8A termasuklah subjek Matematik, Fizik, Kimia, dan Matematik Tambahan. Antara pelajar yg disiplin dan rajin serta bijak menggunakan peluang yg ada serta faciliti yg kondusif di sini. 




Fazrin Inas. Tingkatan 5 SMK Seksyen 9, Shah Alam
Mula mendaftar pada June 2015. Menunjukkan peningkatan yang ketara sejak ujian 2 2015 sehingga Ujian 1 2016. Ujian 1 baru ini beliau memperolehi 7A dan mendapat no 1 di dalam kelas. Pelajar yang rajin dan sentiasa menggunakan masa lapang untuk mengulangkaji pelajaran di DYNAMIND menggunakan world-class Learning Management System.


   Alissa Yasmin. Tingkatan 5 SMK Seksyen 9, Shah Alam
Mula mendaftar pada January 2015. Alissa mempunyai masalah dengan subjek Matematik, Sains Perdagangan serta sering gagal. Tetapi sejak mendaftar Alissa telah menunjukkan peningkatan yang konsisten untuk tiga subjek tersebut. dan beliau jugak antara pelajar yang rajin menggunakan peluang yang ada untuk mengulangkaji pelajaran di center

Hayati. Tingkatan 5, SMK Seksyen 9 Shah Alam
Mula mendaftar pada Februari 2015. Hayati telah menunjukkan peningkatan yang konsisten bagi subjek English, di mana sebelum ini Hayati agak lemah dalam subjek ini.



PUSAT PEMBELAJARAN PINTAR DYNAMIND SEKSYEN 9
(Learning Port Seksyen 9)
Hubungi:03-55241713 / 013-6287374